Selamat datang

Kelipan Store

Navigation
media

ESCAPE PLAN - Jalan Terus !!!


Ditubuhkan pada awal tahun 2015, terdiri daripada 3 orang ahli Ashraful Syahmi (Ash) sebagai vokalis dan pemain gitar dan juga komposer kepada lagu-lagu Escape Plan, Didie Ambali (Edy) sebagai pemain gitar utama dan Al - Fitri (Ety) sebagai pemain guitar Bass. Buat masa ini Escape Plan menggunakan pemain drum sementara ( Sessionist ) dan dalam pencarian untuk drummer tetap.

.

Mereka dipengaruhi oleh pelbagai band termasuk Bunkface, Muse, Nirvana, Pierce The Veil, Sum 41 dan banyak lagi. Escape Plan menerima pelbagai jenis genre muzik yang ada akan tetapi mereka lebih suka muzik mereka dikenali sebagai Pop Punk Rock Alternative.

2016, Escape Plan telah memperkenalkan "Single" pertama "Yang Terindah". Lagu ini telah dimainkan dalam carta "Raku.my" dalam tempoh 3 minggu berturut-turut dan menjadi pemenang. Kemudian mereka ditawarkan oleh Raku untuk membuat persembahan di Pentas Utama acara terkenal "Rock The World" yang diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 17 Disember 2016. 


Escape Plan - Yang Terindah  https://youtu.be/-ptHvy66fqc  

2017, Lagu Yang Terindah memenangi Carta Lokal Hot Hot Fm, dan juga telah disenaraikan dalam carta-carta indie Malaysia seperti di My Kampus Radio, Online Fm dan turut dipedengarkan di Radio IM4U FM. Escape Plan sering kali turut serta untuk memperkenalkan karya mereka di acara-acara yang besar seperti Tempatan Fest, Food Fest, festival-festival serta Gig-Gig yang dianjurkan di sekitar Malaysia.

Escape Plan memperkenalkan demo terbaru mereka "Rentak Kita" yang belum dikeluarkan secara official dan demo lagu Rentak Kita telah memenangi tempat kedua dalam Carta "Raku Road to Rock The World 2017" dan diberi peluang sekali lagi untuk membuka pentas dalam acara terbesar di arena indie Malaysia iaitu "Rock The World 2017" sekitar penghujung tahun 2017.

2018, permulaan tahun yang baik untuk Escape Plan lagu "Yang Terindah" dipilih untuk menjadi lagu tema Telemovie Filem "Misteri Maria" drama "Andainya Takdir 2 & Cik Sempurna".


Escape Plan - Gadis (Official Lirik Video) https://youtu.be/dpi8EZujd3o

Escape Plan telah mengeluarkan "Single" Gadis dengan Official Lirik Video di Youtube dan dalam proses mempromosikan lagu tersebut di Spotify, Itunes dan media digital yang lain.


Escape Plan - Sang Benar (Official Music Video) https://youtu.be/sKksrGMlhr0

Tanggal 16 September 2018 , Hari Malaysia bersempena hari dan tarikh bersejarah, Escape Plan memperkenal kan Single terbaru mereka yang bertajuk "Sang Benar" , Official Music Video pertama Escape Plan dengan kerjasama pihak produksi Afiq Rahman dan Mash Production serta penampilan istimewa Penyanyi "Terus Mencintaimu" , Pelakon & Pengacara hebat, "Wanns Ahmad". Muzik & Lirik sepenuhnya oleh Ash Escape Plan , Produce oleh Bizee Ibrahim & Mixing oleh JD Pop Shuvit. Ianya berkisahkan politik negara antara benar dan Sang Benar. 


" Biar Pena Ku Melaung Gerak Tarinya,

 Pada Kertas Putih Biar Terpadam Segala Batilnya,

Buka Mata Tunjukkan Revolusi Dengan Dia Serumpun Kita Bersatu,

Teguh Takkan Berundur ".


Mereka yang terus menyokong pembabitan Escape Plan dalam industri digelarkan sebagai #Planners!

Jadi, untuk mengikuti perkembangan aktif Escape Plan,  boleh terus ke platform di bawah.


Escape Plan Sosial Media


Facebook : https://www.facebook.com/EscapePlanEP/


Instagram : https://www.instagram.com/escapeplanep


Twitter : https://www.twitter.com/escapeplanep


Youtube Channel : https://www.youtube.com/channel/UC9DDN1CD4xMkmvchAS3cQ0w


Escape Plan

Ash, Edy, Ety


Booking Agent//Acapshafiq

+60 17 678 6496

escape.planmys@gmail.com

Comments: 0

No comments

Leave a Reply

Your email address cannot be published. Required fields are marked*

BE THE FIRST TO KNOW

Get all the latest information on Events, Sales and Offers.
Sign up for newsletter today.

Contact Information

  • Address Kelipan Store Kok Lanas
    PT 1713 Taman Arif Kok Lanas 16450 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

    Kelipan Store Kuala Lumpur
    98-1 Amber Business 2, Jalan Jelawat 1, Cheras , 56100 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Phone/Email 010-2691822/kelipanportal@gmail.com
© KelipanStore.com. All Rights Reserved | Powered by KedaiOnlinez
Working Days/Hours
Mon - Sun / 9:00AM - 8:00PM