Selamat datang

Kelipan Store

Navigation
media

LOKO - Drastik Melakar Nama 

LOKO merupakan sebuah band yang mula naik dengan lagu Pujaan Hati itu telah secara rasminya tertubuh pada tahun 2017 walaupun sebelum itu tertubuh dengan nama Lokomotive. Mereka terdiri daripada ahli-ahli yang sama iaitu Ashraf (vokalis), Nik (drum), Aiman (bass) dan Aliff (gitar utama). Kini, lagu Pujaan Hati boleh didengari menerusi Spotify, Apple Music, iTunes, KKBox dan YouTube.

LOKO ditubuhkan disebabkan cinta ahli-ahli mereka terhadap muzik dan dengan harapan adanya minat yang mendalam itu, mereka mampu merealisasikan impian dan membawa LOKO masuk ke dalam scene indie itu sendiri.

Pada asalnya, LOKO membawa genre dari spektrum rock indie dan alternatif tetapi setelah menghasilkan lebih banyak karya muzik, mereka berpendapat bahawa karya-karya mereka juga mencetus ke arah genre eksperimental.

Dengan pengalaman membuat persembahan di Finale Kembara Orkes Tour 2018, Kyoto Protocol Tour, Kick Start Rock Night Melaka dan banyak lagi, LOKO kini sedang mempersiapkan ahli-ahli mereka untuk single terbaru dan video muzik yang bakal dimuat naik pada tahun ini. Stay tuned!

Jadi, untuk mendengarkan lagu dan menonton video-video LOKO, silalah layari link di bawah ini.

 

YouTube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCX4X8s0Mw0LlnsocCaavAIQ

 

Sound Cloud: https://soundcloud.com/lokoband

 

Facebook: https://www.facebook.com/lokoband/

 

Instagram: https://www.instagram.com/lokoband/

 

Twitter: https://twitter.com/loko_band

Comments: 0

No comments

Leave a Reply

Your email address cannot be published. Required fields are marked*

BE THE FIRST TO KNOW

Get all the latest information on Events, Sales and Offers.
Sign up for newsletter today.

Contact Information

  • Address Kelipan Store Kok Lanas
    PT 1713 Taman Arif Kok Lanas 16450 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

    Kelipan Store Kuala Lumpur
    98-1 Amber Business 2, Jalan Jelawat 1, Cheras , 56100 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Phone/Email 010-2691822/kelipanportal@gmail.com
© KelipanStore.com. All Rights Reserved | Powered by KedaiOnlinez
Working Days/Hours
Mon - Sun / 9:00AM - 8:00PM