Selamat datang

Kelipan Store

Navigation
media
media

 SENJA - Senja yang Muda dan Energetik


Tiga gadis telah menarik perhatian ramai peminat musik lokal apabila tampil sebagai sebuah band iaitu Senja. Mereka yang berkebolehan bermain alatan musik serta memberikan persembahan yang energetik sememangnya dinanti-nantikan oleh lokal scene kita.


Soalan 1

Kenapa memilih nama Senja? Genre? Bila ditubuhkan? Nama ahli serta posisi dalam band?

Jawapan

Kami pilih nama Senja sebab kita selalu jamming selepas waktu senja!

Genre: Mataharindie

Tarikh ditubuhkan: Februari 2018

Posisi dalam band: i. Penyanyi - Kasih

                                  ii. Gitar - Myra

                                  iii. Pemain Keyboard - Inarah

 

Dari kiri: Kasih, Myra, Inarah

                                  

     

Soalan 2

Boleh kongsikan memory First Show Senja?

Jawapan

Gig pertama Senja adalah di Gaslight, Bukit Damansara. Disebabkan ini gig pertama kami, perasaan gementar itu memang tidak dapat dielakkan. Kasih hampir mendapat serangan panik, keyboard stand Inarah tidak boleh bukak dan Myra terpijak wayar gitar semasa persembahan. Memang huru-hara masa tu. Tapi kami bersyukur kerana ramai kawan-kawan kami hadir memberi sokongan pada hari itu. Selepas kejadian itu, kami sentiasa memastikan untuk persediaan yang rapi sebelum, semasa dan selepas persembahan supaya kami tidak mengulangi kesilapan yang sama

 

Soalan 3

Pengaruh band/musik. List of your own song and link.

Jawapan

Sejujurnya, mereka yang menjadi sumber inspirasi kami dalam penulisan lagu dan sebagainya adalah dikalangan rakan-rakan kami juga. Antaranya ialah Abdullah Haqim, Ian F. & Court 10, Sayonara, Boys! dan Shh... Diam!

Perancangan untuk membuat EP memang ada tetapi disebabkan masa yang tidak mengizinkan serta beberapa faktor lain, kami menangguhkan rancangan tersebut. Demi menghasilkan sebuah EP yang baik pada masa akan datang, kami akan merancang dengan lebih teratur. Buat masa ini, antara lagu-lagu Senja yang anda boleh stream di soundcloud SENJA MY: https://m.soundcloud.com/user-52489495-438619556

 

1. Slow Descent

2. We’ll Find Out Soon

3. Bima Sakti

4. Flowers for Algernon

5. Riot on a Quiet Street

6. Bluesy

7. Tools of Destruction

8. Everybody’s My Fucking Boyfriend

9. The Bat is Coming

 

Soalan 4

By the way, please elaborate more about “Mataharindie” and how you guys met and decided to form a band.

Jawapan

Mataharindie merupakan sebuah genre yang direka oleh kami sendiri kerana itu adalah identiti kami. Ada lagu yang berunsur rock, ada yang seperti “beach vibes”, dan ada juga seperti melankoli eksperimental. Jika kami hanya bermain sebuah genre yang khusus, kami rasa tidak bebas dan kreativiti kami terhad. Pada kami, musik itu luas dan subjektif. Dengan menamakan genre kami Mataharindie, kami lebih bersemangat untuk menghasilkan lagu-lagu yang lebih baik.

 

Soalan 5

Apa harapan Senja terhadap lokal scene?

Jawapan

Harapan kami ialah agar kami sentiasa mendapat peluang untuk menunjukkan bahawa wanita juga mampu mewarnai dan memeriahkan lokal scene melalui karya/lagu-lagu kami.

 

Soalan 6

Any promo/ new release/ merch?

Link to all of your social media platform.

Jawapan

Buat masa sekarang, kami sedang mempromosikan pre-order baju Senja sehingga 31 Januari 2019. Terdapat dua design baju dan setiap design mempunyai dua warna. Design pertama ialah “Comic Sans” dan design kedua ialah “Waktu Senja”

 

Anda boleh melihat kesemua design di Instagram dan Twitter Senja.

Instagram: @senja.je https://instagram.com/senja.je?utm_source=ig_profile_share&igshid=1r37qltehbn6s

Twitter: @Senjacolour https://twitter.com/Senjacolour

Facebook: Senja https://www.facebook.com/senjacolourMY/

Soundcloud: @SenjaMY https://m.soundcloud.com/user-52489495-438619556

Comments: 0

No comments

Leave a Reply

Your email address cannot be published. Required fields are marked*

BE THE FIRST TO KNOW

Get all the latest information on Events, Sales and Offers.
Sign up for newsletter today.

Contact Information

  • Address Kelipan Store Kok Lanas
    PT 1713 Taman Arif Kok Lanas 16450 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

    Kelipan Store Kuala Lumpur
    98-1 Amber Business 2, Jalan Jelawat 1, Cheras , 56100 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Phone/Email 010-2691822/kelipanportal@gmail.com
© KelipanStore.com. All Rights Reserved | Powered by KedaiOnlinez
Working Days/Hours
Mon - Sun / 9:00AM - 8:00PM