Selamat datang

Kelipan Store

Navigation
media
media
media

MARGOSA - Sebuah Alunan Unik

Kemunculan Margosa, sebuah band yang didatangkan bersama pakej empat jaguh muzik berbakat besar dan diserikan oleh sekuntum bunga yang memiliki lontaran vokal yang amat unik. Keunikan pemilik suara itu, Resya Rahman, terletak pada suara yang bukan hanya merdu, tetapi juga kedengaran persis seperti penyanyi lagenda, Anggun. 


Datang daripada latar belakang musik yang berbeza selain berpengalaman bersama band masing-masing sebelum ini menjadikan Margosa memiliki ruang penerokaan yang begitu luas dalam menghasilkan bunyi dan irama yang segar dan terbaik. 


Pasangan kembar, Raja Nazrin dan Raja Nazmin sememangnya tidak dapat dinafikan minat dan kesungguhan mereka dalam memperjuangkan musik mereka bersama SOG dan juga band yang ditubuhkan bersama adik-beradik mereka yang lain iaitu Juxtaposed. Mereka juga turut aktif membantu dalam pembikinan dan merakam album, EP atau single banyak band-band tempatan yang telah mendapatkan khidmat kepakaran mereka menerusi SOG Productions.


Dua lagi ahli Margosa ialah Pjay yang merupakan bassist kepada band pop punk, Scarlet Heroes dan Izmal adalah tunjang utama kepada band Transitions. Kehadiran mereka berdua telah melengkapkan Margosa menjadi sebuah unit yang lebih kreatif dan mantap.


Margosa memilih untuk mengetengahkan musik Pop Alternatif dan disadurkan bersama bunyian yang “mellow” dan asyik didengar. 

 

Pada tanggal 23 Mac 2018, Margosa telah merilis dua Musik Video serentak bertajuk Safe Haven dan Kota Cinta. Kedua-dua MV ini telah mendapat sambutan dan jumlah tontonan yang begitu menggalakkan daripada peminat musik tanahair.


MV Official Kota Cinta - https://youtu.be/JiaBQ6tuxR4  


Perkembangan terbaru Margosa ialah mereka akan meriliskan sebuah lagu baru bertajuk JANEDOLL pada 2nd Dec 2018. Beberapa teaser dalam bentuk video pendek telah dikongsi di platform media sosial mereka. Sama-sama kita nantikan dan mengharapkan sebuah lagi karya yang indah dan terbaik daripada Margosa.


Sila ikuti rapat mereka di platform media sosial untuk sebarang perkembangan terkini.

Instagram - https://www.instagram.com/margosamusic

Twitter - https://twitter.com/MargosaMusic

FB - https://facebook.com/MargosaMusic/


Maju terus Margosa.

Supporto geng..! 

Terima Kasih.


Kelipan Store ©2018. All Rights Reserved


**Semua gambar dipetik daripada laman sosial Margosa Music.

Comments: 0

No comments

Leave a Reply

Your email address cannot be published. Required fields are marked*

BE THE FIRST TO KNOW

Get all the latest information on Events, Sales and Offers.
Sign up for newsletter today.

Contact Information

  • Address Kelipan Store Kok Lanas
    PT 1713 Taman Arif Kok Lanas 16450 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

    Kelipan Store Kuala Lumpur
    98-1 Amber Business 2, Jalan Jelawat 1, Cheras , 56100 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Phone/Email 010-2691822/kelipanportal@gmail.com
© KelipanStore.com. All Rights Reserved | Powered by KedaiOnlinez
Working Days/Hours
Mon - Sun / 9:00AM - 8:00PM