Selamat datang

Kelipan Store

Navigation
media

KONSERT M.NASIR : SATU HIKAYAT 40 TAHUN PERJALANAN

Plenary Hall, KLCC

23 Nov 2019


Pada usia mencecah 62 tahun, melakukan persembahan solo selama 3 jam (hanya berhenti rehat tukar baju sekali selama 10minit kurang lebih) merupakan sesuatu yang begitu menakjubkan dan perlu diberikan tabik spring bertalu-talu.. 


Itulah kehebatan living legend Sifu M.Nasir. Pemilihan lagu yang sepertinya Gurindam Gunung Tahan merupakan sesuatu yang tidak terjangka langsung selain daripada lagu-lagu yg menjadi tema kehidupan ramai daripada kita rakyat Malaysia seperti Mentera Semerah Padi, Keroncong untuk Ana, Raikan Cinta dan Ada. 


Slot Sifu menyanyikan kembali beberapa lagu beliau buat untuk artis lain seperti Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi, Milik Siapakah Gadis Ini dan Sampai Hati dilihat begitu rare dan memberi kelainan dalam persembahan pada malam itu. 


Kehadiran Pak Dogo dan Wak Long bersama awak-awak Arjuna Sukma begitu menjadi sebagai watak utama pembukaan konsert dengan lagu “Langgam Pak Dogo” Fuh.. power sungguh..! Diringi pula oleh super bakat kumpulan muzik Gong pimpinan Abg Nan, gitaris unggul..! Telatah pemain gendang yang sesekali turut bertukar alat musik tamborine begitu menarik perhatian penonton dengan gaya tarian dan keasyikkan beliau seolah sudah naik sheikh.. Jangan terkejut ya, ada slot beliau turut rap dalam bahasa kelate juga.. hebat serba boleh.


Seluruh Plenary Hall KLCC bergembira dan terhibur dengan persembahan Sifu pada malam itu. Sempat Sifu berceloteh, “haih korang ni dah macam Parti Liar..!! Balik nanti jangan bagitahu mak yaaa.” Rata-rata penonton bertepuk tangan dan berdiri menari serta menyanyikan bersama-sama bait lagu-lagu yang dipersembahkan. 


Rasanya hampir semua jenis genre musik telah dipersembahkan dengan jayanya. 40 tahun merupakan tempoh yang begitu lama dalam berkarya dan terbukti Sifu berada di kelasnya yang tersendiri. Banyak lagi lagu-lagu yang tidak sempat untuk dipersembahkan oleh Sifu kerana masa 3jam sememangnya tidak cukup. Mungkin sebagai cadangan, Sifu kena adakan konsert setiap tahun mungkin mengambil tema mengikut album. Yeehaaaa.. pasti semua lagu akan dapat dimainkan. 


Tiket Sold Out pada hari pertama dan terpaksa dilanjutkan untuk hari kedua memang sesuatu yang jarang-jarang berlaku. Tapi itulah penangan Sifu M.Nasir. Satu mutiara bakat seni yang begitu berharga.


Kami bersetuju bilamana M.Nasir mengadakan konsert solo, hanya ada satu kata, WAJIB HADIR..!

Comments: 0

No comments

Leave a Reply

Your email address cannot be published. Required fields are marked*

BE THE FIRST TO KNOW

Get all the latest information on Events, Sales and Offers.
Sign up for newsletter today.

Contact Information

  • Address Kelipan Store Kok Lanas
    PT 1713 Taman Arif Kok Lanas 16450 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

    Kelipan Store Kuala Lumpur
    98-1 Amber Business 2, Jalan Jelawat 1, Cheras , 56100 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Phone/Email 010-2691822/kelipanportal@gmail.com
© KelipanStore.com. All Rights Reserved | Powered by KedaiOnlinez
Working Days/Hours
Mon - Sun / 9:00AM - 8:00PM