Selamat datang

Kelipan Store

Navigation
media
media

RUNS (Are U An Ass): Nusantara 2020 


Lagu bertajuk Pishang dipersembahkan santai sewaktu Rantai Art Festival 2019 yang bertempat di Spacerubix, Puchong menarik saya mengenali RUNS, band yang saya lihat showmanship-nya bagus walaupun lagu-lagunya asing bagi saya kerana waktu itu pertama kali saya mendengar lagu-lagu mereka. RUNS yang ditubuhkan pada tahun 2009 mahu bergerak dengan genre punk dan membawa nama ‘Are U An Ass’ mencorak langkah untuk mengekalkan nama RUNS yang sebenarnya salah satu istilah dalam gurindam yang bermaksud berseloka -- berirama.


RUNS menempah genre rock nusantara pada tahun 2017 yang pada asalnya hanya dua ahli tetap; Wari (vokalis) dan Luk (gambus), kini lebih meriah dengan Alang (rebana), Effy (drum) dan juga Iqbal (bass). Ditanya apakah ini dikira sebagai comeback kerana jurang masa 2009 dan 2017 itu bagi saya agak jauh -- tetapi mereka katakan it’s about time. Genre yang mereka ingin bawa memang tepat pada masa untuk melebarkan sayap dan terbang lebih jauh.


Tahun 2019 menjadi tahun rancak bagi mereka ‘menyerbu’ gig-gig termasuk New Rising Wave di Rockin Jamz Hall dan juga Arkian Music Festival di UiTM Puncak alam, mereka juga menjadi finalis untuk ROTTW Evolution 2019 dan berjuang bagi penghasilan demo. Demo RUNS mengandungi enam buah lagu, 100% pembikinannya daripada mereka sendiri. Bagi tahun 2020, mereka mahu menyambut fokus untuk menyertai lebih banyak gig dan pada 24 Januari 2020 (berbaki lagi dua hari) ini, RUNS mengadakan showcase khas untuk demo beserta persembahan pembukaan dari band Langkasuka.

 

Instagram: @kita_runs

Facebook: https://www.facebook.com/kitaruns/

Youtube: RUNSofficial

Comments: 0

No comments

Leave a Reply

Your email address cannot be published. Required fields are marked*

BE THE FIRST TO KNOW

Get all the latest information on Events, Sales and Offers.
Sign up for newsletter today.

Contact Information

  • Address Kelipan Store Kok Lanas
    PT 1713 Taman Arif Kok Lanas 16450 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

    Kelipan Store Kuala Lumpur
    98-1 Amber Business 2, Jalan Jelawat 1, Cheras , 56100 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Phone/Email 010-2691822/kelipanportal@gmail.com
© KelipanStore.com. All Rights Reserved | Powered by KedaiOnlinez
Working Days/Hours
Mon - Sun / 9:00AM - 8:00PM